5 Logo Lucu Pasukan Bola Sepak Professional Ini Bakal Menjadi Bahan Ketawa..!!!

Di seluruh dunia, terdapat lebih jutaan kelab bola sepak dengan rekaan lencana yang pelbagai. Sesetengah kelab bola sepak sangat menitik beratkan tentang rekaan lencana yang bakal menghiasai jersi rasmi kelab berkenaan.

Ada juga kelab yang tidak mengendahkan perkara tersebut dan menganggap lencana ini satu perkara yang remeh, tidak perlu diambil serius.

Sebuah laman web, Illuminasi.com memaparkan 5 lencana kelab bola sepak yang mampu membuat anda ketawa apabila melihatnya.

Lencana-lencana ini diambil bukan sahaja dari kelab yang bermain di liga tidak ternama, malah dari kelab Serie A juga memiliki kelab yang tidak mementingkan tentang rekaan lencana yang kemas dan cantik.

Ini adalah 5 logo kelab bola sepak yang boleh menggeletek hati anda. Semoga terhibur. 


1. Al Marsa 

 

Sebuah pasukan yang bermain dalam liga divisyen 2 di Tunisia, kelab Al Marsa bermain dalam sebuah stadium yang mempunyai kapasiti 7 ribu orang penonton. Memilih untuk menggunakan warna hijau dan kuning. Logo kelab ini memaparkan seekor unta cuba mengawal bola di atas kakinya sambil unta tersebut menoleh memandang bola tersebut. Apa yang menakutkan, kaki yang digunakan oleh unta itu untuk mengawal bola tersebut jika diambil pembaris, adalah lebih panjang daripada kaki di sebelahnya. 


2. Benevento Calcio 

 

Mencipta logo berdasarkan kisah dongeng masyarakat setempat akan memakan diri pada zaman moden. Ekoran kisah ahli sihir Benevento yang dikatakan wujud sejak kurun ke 13, kelab Benevento yang kini bermain di Serie A akan memakai logo tersebut di dada. Jika kita teliti logo tersebut, sukar untuk kita dapat kenalpasti adakah ahli sihir tersebut sedang terbang dengan penyapunya atau sekadar duduk di atas tanah dengan memakai penyapu dikelangkang. Anda rasa?


3. Warriors Football Club 

 



Kelab Singapura yang bermain dalam Liga S ini dahulunya dikenali dengan nama Singapore Armed Forces sebelum bertukar kepada Warriors FC pada 2013. Adakah corak lukisan badak sumbu yang dipaparkan pada logo ini disengajakan, bagi menutup kekuatan sebenar pasukan bola sepak ini? Kami tidak tahu. Badak sumbu dipilih selepas pihak penganjur Liga S menolak logo pertama mereka yang memaparkan watak pahlawan, dengan syarat haiwan mesti digunakan.

Mungkin berang dengan syarat itu, lukisan badak sumbu itu dilukis ala kadar dan terus digunakan secara rasmi sehingga kini, dengan penambahbaikan pada mata badak sumbu itu dilakukan. Yang penting, bintang pada logo itu sekarang dah banyak dan badak itu pun tidak lagi nampak sedih.


4. Limon FC 


 


Pasukan Limon FC pada awalnya dinamakan sebagai AD Limonense sebelum seorang usahawan bernama Carlos Pascal menjadi pelabur terbesar kelab tersebut, lalu ditukarkan namanya kepada Limon FC. Bermain dalam Liga pertama di Costa Rica ketika ini, kejayaan terbesar Limon FC setakat ini adalah menjadi juara divisyen dua liga Costa Rica.

Logo kelab yang memaparkan karikatur watak taugan sedang bermain bola sepak sambil memakai mahkota sangat unik, kerana rekaannya seperti diambil terus daripada sebuah komik. Kami tidak mahu tahu bagaimana tangan berotot yang ada pada logo kelab itu bersambung dengan badan taufan yang sedang berputar laju.


5. Gombak United FC 


 


Gombak United FC merupakan antara pasukan kegemaran peminat Liga Singapura, berikutan permainan bola sepak mereka yang menarik di mata - walaupun tidak banyak memenangi kejuaraan. Naik turun dunia bola sepak membuatkan Gombak United terpaksa keluar daripada liga Singapura pada tahun 2012 dan besar kemungkinan hanya akan kembali menyertainya pada tahun 2019.

Logo kelab mereka memaparkan aksi seekor lembu yang bermain sebagai penjaga gol, kelihatan agak gementar akibat bola yang sedang menuju ke arahnya. Kami tidak tahu apa rasional logo kelab sendiri perlu memaparkan pemain sendiri sedang menghadapi serangan pihak lawan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post