10 Nama Kuih Tradisional Apabila Di Inggeriskan Ini Bakal Buat Saleh Kerut Dahi

Nama-nama kuih di Malaysia yang mungkin panggilannya apabila diamati sangatlah tidak masuk akal tapi itulah yang sudah sebati dan ianya menjadi suatu yang biasa bagi penduduk tempatan. Tapi tidak pada orang luar dan mereka yang baru pertama kali mendengar nama-nama pelik yang ada pada nama kuih di Malaysia ni.

Jadi jom kita selongkar nama-nama pelik kuih muih di Malaysia apabila ditranslatekan kepada bahasa Inggeris bakal buat Mat Saleh berkerut dahi :)

1. LOMPAT TIKAM 
Bahas Inggeris: “Jump and Stab”
Gila, kalau aku mat saleh pun aku cabut lari.



2. BATANG BURUK
Bahasa Inggeris: “Ugly Stick”
Mat Saleh boleh terus muntah sebelum sempat makan lagi.


 
3. PUTERI MANDI
Bahasa Inggeris: “Bathing Princess”
Aku confirm semua lelaki mat saleh mesti nak try kuih ni!


4. APAM BALIK
Bahasa Ingegris: “Go Back Apam”
Kisah sebenar terjadi kepada rakan peniaga di KL yang buatkan couple pelancong asing terus balik hotel tak jadi beli.


5. CUCUR BADAK
Bahasa Inggeris: “Fried Rhino”
Aku gerenti kumpulan Pencinta Haiwan luar negara adalah orang pertama akan protes-membantah mangsa ‘pembunuhan beramai-ramai spesies badak’ untuk dijadikan kuih.


6. SERI MUKA
Bahasa Inggeris: “Radient Face”
Maria Sharapova mesti tak sabar nak try kuih ni lepas muka berminyak main tenis.


7. SERABAI
Bahasa Inggeris: “Messy”
Lionel Messi je kot yang pelahap kuih ni.


8. BADAK BERENDAM
Bahasa Inggeris: “Soaking Rhino”
“Haa..yang ni takpe, we all suka”...kata Kumpulan Pencinta Haiwan yang mula-mula nak protes tadi.


9. TELINGA GAJAH
Bahasa Inggeris: “Elephant's Ear”
“Err...K...Bye!"




10. TAIK ITIK
Bahasa Inggeris: “Duck Shit”
Kena belasah ramai-ramai kalau sebut perkataan ni kat mat-mat black di Brooklyn, Amerika!
Heheheh classic


Ye rupa dia takdalah cantik sgt, Nama dia pun pelik, Tapi rasanya memang menjamin Sebab itulah dia unik 

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post