15 Alat Gajet Doraemon Dipamerkan Di Expo Secret Gadjet Doraemon 2013

Kemunculan watak kartun animasi Jepun, Doraemon di Malaysia sempena 'Expo Doraemon Secret Gadget' Disember ini bakal memeriahkan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

Pengarah Animation International (M) Sdn. Bhd., Steve Chow berkata, ekspo tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada peminat kesayangan kartun comel itu bersama-sama menyambut TMM 2014 serta menandakan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon.
  

"Sebelum Malaysia, ekspo ini telah diadakan di ibu negara Asia lain seperti Hong Kong, Beijing dan Taiwan, sambutan yang diberikan peminat kartun ini amat memberangsangkan," ujarnya.

Ekspo tersebut akan mempamerkan 100 patung Doraemon bersaiz manusia, 100 gajet ikonik dan turut mempamerkan video menarik dalam program televisyen kartun itu.

Para pengunjung boleh mendapatkan tiket bernilai RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak bermula 30 November ini di laman web MYTicket Malaysia (www.myticket.my) ataupun di lebih 100 buah stesen minyak BHP di seluruh Malaysia bermula 1 Disember.

Manakala kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah serta warga emas, dibenarkan untuk memasuki ekspo tersebut secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Doraemon di www.100Doraemon.com.

Date: 14 Dec 2013 - 23 Mar 2014
Time: 10AM - 10PM
Location: Viva Home KL
No. 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur. View map 

Jom kita selongkar antara yang menarik di tapak expo..1000 gajet doraemon...

 Mood Orchestra
Membawa mood kepada seseorang

Kain Lut sinar
 pakai kain ni akan jadi lut sinar dan tidak nmpak 

Pensel Komputer
Boleh menjawab kertas soalan mcm komputer





 Pelekat N & S
Apabila pelekat N & S bertemu objek akan magnet dan tertarik melekat

Cecair Peliharaan
sapu pada objek dan objek akan jinak seperti haiwan

Beg Suka hati
sekiranya poket doraemon hilang beg ni menjadi option kepada poket tersebut

Vacum Mood

  Lampu Pembesar / Pengecil
Halakan lampu pada objek dan objek tu akan membesar / mengecil

Go Away Dog

Pak Cik Hajat
 Bantu pak cik ni dan anda akan dapat tunaikan 3 hajat.

 
Submarine cream!
Letak kat badan boleh berenang di dalam lautan

 Ink Squid

Scorpean wheel
 Pacak kat mana-mana kendera dan anda boleh mengawalnya

Alat pengawal marah
Letak kat mulut orang nak marah tu automatik terus x jadi nak marah ;p

Semua ini dan banyak lagi sekiranya anda berkunjung ke tapak expo

Admission fee: Tickets can be bought at BHP PETROL STATION or via online @ www.myticket.asia
Adult : RM25
Child & Student : RM15
Gold Pass : RM60 (including of 2 weeks unlimited entry express lane. FREE LIMITED EDITION 1 Touch n Go card & 1 lanyard)
Senior citizen of 60 years old and above, children below 90cm & OKU with companion): FREE
Foreigner (no MyKad) are charged additional RM5

Kredit : DoraemonMY

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post