51 Kiriman Ucapan Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadan Terbaik Dari Ladang

Koleksi Terbaik Pantun Dan Ucapan Selamat Berpuasa Ramadan 2022 Terkini

Kesibukan membuatkan kehadiran diri menjadi terbatas. Dengan itu, kiriman ucapan di whatsapp, facebook atau lain-lain media sosial sekarang ni dijadikan sebagai pengganti diri. Boleh?  

Bulan ramadan kini menjelang... Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. 
Semoga kedatangan ramadan ini membawa 1001 makana kebaikan kepada kita semua..


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, 
agar dapat ku lalui dengan sempurna".
Eh! nyanyi pulak dia.
Just Nak ucapkan
Selamat menyambut bulan Ramadhan. 



Jika HATI sejernih AIR, Jangan dibiar ia KERUH
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biar ia MENDUNG,
Jika HATI seindah BULAN, Kekalkan ia dengan IMAN.
SALAM RAMADAN. 

Setitik tinta jadi Noda,
Setitik Salah Jadi Dosa,
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya Ramadan, Sambutlah dengan ceria.




Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadan tak dapat ditukar ganti
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK

Bulan Ramadan telah tiba
Ampun dan maaf pada semua
Atas segala salah silap dan kata-kata
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya

Bulan ramadan dah pun tiba. 
Jangan ingat nak raya aje. 
Awak buat salah itu hari, belum minta maaf lagi ye. 
Nak tunggu awal lambat, saya minta maaf dulu lah ye. 
Kita Kosong-kosong ye.
Selamat Menyambut hari puasa.


Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadan Kembali menjelang,
Salah dan khilaf harap dimaafkan.
Selamat menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2022 (1443H)



Tirai Syaaban telah berlabuh,
Lambaian Ramadan sudah tiba,
Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah
Selamat menunaikan ibadah puasa
Dan Salam Ramadan Al-Mubarak.
Memohon kemaafan dari hati yang ikhlas atas kesalahan selama ini


Baik yang besar ataupun kecil
Yang Nampak ataupun tak nampak
Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati
Harap dimaafkan.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan


Bulan Ramadan Menjelang Kini,
Sudahlah tiba Masa Dinanti,
SyaitaN dan Iblis Telah Digari,
Tinggallah JemBaLang yg Baca kiriman ini..
Sorry yer, Saja nak ucap. Selamat menyambut bulan ramadhan.
Semoga amalan kita diterima oleh-Nya.


Dengan semangat dan baju baru
Ku bakar lemang dan juga baulu
Ungkapan ini ikhlas untukmu
Selamat Hari Rabu 
he he he he
Sorry, saja nak ucap. Selamat menyambut bulan ramadan
Haha, raya lambat lagilah.



AWAS!!
AMARAN KERAS...
UNTUK
UMAT ISLAM
DI MALAYSIA..
BERJAGA-JAGA
PADA MALAM INI
JANGAN LUPA!
NIAT PUASA...
HE..HE..HE..


Renung kembali segala amalan dibulan ramadan yang lalu, 
adakah sesuai dengan umur kita yang semakin meningkat. 
Jom perbaiki amalan di bulan ramadhan ini. 
Marhaban yang Ramadhan. 


Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
kami pintakan maaf setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi
Taqobalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir batin atas segala kesalahan saya.
Bagi yang melaksanakannya, saya ucapkan selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan.
Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.


Azan-azan lari berseruan dari langit-langit rumah Tuhan
Tuntun jari-jari dosaku ke arah-Mu
Kutundukkan congkak kepalaku
Tak layak ku disisi-Mu
Gelimang noda dan dosa balut tubuhku dari semua rasa yang telah mati
Selamat Menyambut Bulan Ramadan


Marhaban ya Ramadan...
Mohon maaf lahir dan bathin
Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita
Sambut Ramadan dengan penuh suka cita.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Biarlah ibadahmu menjadi rahasiamu sebagaimana kamu merahasiakan dosamu.



Sebenarnya aku sangat sayang padamu
Kaulah saja pujaan hatiku selamanya
Ku nantikan malam bahagia buat kita
Aku amat merinduimu
Oh i luv you so much
LailatulQadar
Selamat menjalankan Ibadah puasa di Bulan Ramadan.


Buka hati ada CINTA,
Buka pikiran ada INGATAN,
Buka mata ada pintu REZEKI,
Buka handpone ada 1 PESAN,
Selamat menjalankan Ibadah puasa di Bulan Ramadan.


Bila ada langkah membekas lara
Bila ada kata merangkai dusta
Bila ada tingkah menoreh luka
Ku mohon maaf zahir dan batin
Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa pada bulan Ramadan


Ramadan ini Marilah kita KAHWIN
K : Kurangkan Dosa Kita
A : Awali perbuatan dengan Doa
H : Hapuskan prasangka hilangkan sengketa
W : Waktunya Kita menambah Pahala
I : Ingatlah kita hidup di dunia hanya sementara
N : Niatkan diri untuk mencapai syurga
Jangan lupa kirim ke kawan-kawan ya! Biar yang KAHWIN nya ramai-ramai


Ramadan is a month of Allah.
Whose beginning is MERCY.
Whose middle is FORGIVENESS.
Whose end is FREEDOM FROM FIRE. :)



Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga
janji yg terabaikan, 
hati yang slalu berprasangka 
& sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf zahir batin. 
Selamat menunaikan ibadah puasa


Jika hati sejernih air  jangan biarkan ia KERUH
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia MENDUNG
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Hidup ini terasa indah jika ada maaf.
Taqabalallahu Minna Waminkum…
Selamat menyambut bulan ramadan 


Gersang bumi tanpa hujan
Gersang akal tanpa ilmu
Gersang hati tanpa iman
Gersang jiwa tanpa amal
Marhaban ya Ramadan
Selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan batin.


Tiada kemenangan tanpa zikrullah
Tiada amal tanpa keikhlasan
Tiada keampunan tanpa kemaafan
Selamat menyambut bulan Ramadan.


Sungguh cantik kain pelikat, 
dipakai orang pulang ke pekan.
Ramadan yang suci sudahlah dekat, 
Salah dan silap harap dimaafkan.

Senandung gema suara Azan...
berkumandang sunyi menghentak...
teruntai salam bermaafan...
menyambut Ramadahan Mubarak...
Marhaban Yaa Ramadhan...


Mencuci tangan di pinggir telaga,
Pohon serumpun indah di tepiannya,
Bulan suci Ramadan hampirlah tiba,
Mohon ampun maaf di pinta.


ACCOUNT NOTICE!
Pls note that your PAHALA balance is not sufficient to maintain your AKHIRAT account.
Pls recharge your AMALAN to reload your SYURGA credit line.
Happy Ramadan Eid.



Dalam bergurau, kadangkala ada yang terasa.
Dalam bermanja, kadangkala ada yang rimas.
Dalam bermain, kadangkala ada yang jatuh.
Terima kasih kerana menjadi rakan yang baik.
Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.
Selamat menyambut ramadan al-Mubarak.


Tiada bulan seagung ini.
Tiada bulan semulia ini.
Tiada bulan seberkah ini. 
Ramadan penuh berkah dan maghfirah. 
Marhaban ya Ramadhan. Mohon maaf zahir dan batin. 
Selamat menunaikan ibadah puasa.”


Satu tahun tidak terasa
Ramadan telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Mohon Maaf zahir dan Batin


Sepuluh jari ku susun, tak cukup. Tambah dengan jari kaki. 
Nak duit raya, datanglah rumah raya nanti ye. 
Bulan puasa ni, kita puasa ikhlas-ikhlas ye. 
Marhaban ya ramadhan.



Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR&BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Ke Kuala Pilah hari Selasa
Pulang pergi naik kereta
Sehari lagi kita puasa
Mohon maaf kalau ada salah kata
Marhaban Ya Ramadan



Perkataan yang indah adalah ALLAH
Lagu yang merdu adalah ADZAN
Media yang terbaik adalah AL QURAN
Senaman yang sihat adalah SOLAT
Diet yang sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDUK
Perjalanan yang indah adalah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA & TAUBAT
Selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak


Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman.,
marhaban ya ramadhan.,
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan batin…


Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. 
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. 
Hidup ini terasa indah jika ada maaf. 
Mohon maaf zahir dan batin. 
Marhaban ya Ramadan. 
Selamat menunaikan ibadah puasa.


Ku siapkan makanan istimewa untukmu :
Sepinggan cinta, 
semangku sayang, 
sepotong kasih, 
sesudu rindu, 
segelas senyum, 
sehiris hati,
sebuah perhatian untukmu. 
Selamat Berpuasa di bulan Ramadan :)



Wishing u 1 month of ramadan,
4 weeks of barkat,
30 days of forgiveness,
720 hours of guidance,
43200 minutes of purification,
2592000 secs of Nur..!!
Selamat Ramadan 1440H


SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHON MAAF DAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADAN. 


Bila hati saling terpaut, rasa cinta terjalin indah. 
Bila salah dan khilaf terjadi, mohon maaf zahir dan batin. 
Marhaban ya Ramadhan. 
Selamat menunaikan ibadah puasa.


Tiada kemenangan tanpa zikrullah,
tiada amal tanpa keikhlasan,
tiada ampunan tanpa maaf,
marhaban ya ramadhan.. 
Selamat Berpuasa


Gersang bumi tanpa hujan..
gersang akal tanpa ilmu, 
gersang hati tanpa iman..
gersang jiwa tanpa amal..
marhaban ya ramadhan.
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan batin.


Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan berakhir,
saya mohon maaf zahir dan batin.


Gelap malamNya ku terjaga,
menyambut gembira pemberianNya (“Marhaban YA Ramadhan”),
dengan harapan dapatlah aku akan keredhaan-Nya.
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.


Bila teman membuatku gelak, hati ceria tambah bahagia.
Tibalah sudah Ramadhan al-mubarak. 
Semoga ibadah diredhai olehNya.


Melaksanakan dengan sepenuh hati
Menyambut dengan menyentuh hati
Menjalankan dengan kesucian hati 
Semoga cahaya Ramadan kita dapati dengan rahmat dari illahi 
Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa di bulan Ramadan tahun ini


Sebelum cahaya ilahi dipadamkan, 
sebelum langit runtuh, 
sebelum pintu taubat ditutup, 
sebelum malaikat menjemput, 
sebelum Ramadhan tiba, 
mohon maaf zahir batin atas kesalahan yang pernah dilakukan. 
Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


Dalam kesakitan, teruji kesabaran. 
Dalam perjuangan, teruji keikhlasan. 
Dalam ukhuwah, teruji ketulusan. 
Dalam tawakkal, terudi keyakinan. 
Hidup ini indah jika Allah menjadi tujuan. 
Marhaban ya Ramadhan. Mohon maaf zahir dan batin. 
Selamat menunaikan ibadah puasa.



Dalam sibuk berkirim kirim tu...jangan lupa niat... ;)

Puasa jangan tak puasa.  

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Mohon utk share gambar2.. Tq

    ReplyDelete
  2. wow lengkap dan banyak.. ijin salin beberapa ke blog saya ya gan :)

    ReplyDelete
  3. Saya share ye. Terima kasih

    ReplyDelete
Previous Post Next Post